Wednesday, February 10, 2010

Tersentak aku seketika selepas dipanah oleh imej-imej yang begitu menyentuh hati aku.
Walaupun aku dan dia baru saje berkenalan , tapi terasa seperti sudah lama mengenali dan mendalami dirinya.

Dia begitu tegar dan cekal dalam menghadapi segala apa jua yg dia lalui sehinggakan aku mencemburui dengan liku-liku dan perjalanan hidup dia, walaupun dirinya terlalu muda untuk menerima segalanya yang begitu berat untuk ditanggung.
Tetapi, dia begitu yakin dengan ujian dan musibah kerna dengan setiap yang berlaku , pasti anugerah yang indah akan menanti tiba.


Kepada Saffwan Husaini Abdul Ghaffur ,
aku doakan semoga kau sentiasa berada di dalam keadaan yang sehat sejahtera, selamat, dan cerialah hidupmu di samping orang yang tersayang.